Q. Projek saya telah dipadamkan, bagaimana saya boleh mendapatkannya semula?
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan fail dipadamkan dan sukar untuk kami menentukan punca jika kami tidak mempunyai peranti atau corak isu yang sama.
Jika anda telah mengeksport projek sebagai fail .kine, anda boleh mengimportnya semula ke KineMaster. Jika itu tidak berlaku,ini diluar kawalan kami untuk membantu anda memulihkan fail projek. Walau bagaimanapun, untuk menyemak isu secara terperinci, jika terdapat sebarang corak yang anda perhatikan sebelum projek dipadamkan, sila ketik pada Sokongan E-mel di bawah dan beritahu kami langkah tepat yang diambil sebelum projek dipadamkan.