Untuk menyemak resolusi tertinggi dan bilangan lapisan yang mampu disokong oleh peranti anda, sila ikut langkah di bawah:
1- Ketik Cipta >> ketik Tetapan (ikon gear di bahagian atas sebelah kanan)
2- Ketik Maklumat Prestasi Peranti >> ketik Analisis Prestasi Peranti (analisis boleh mengambil masa sehingga beberapa minit, sila jangan matikan KineMaster atau tukar kepada aplikasi lain kerana ia akan mengganggu kemajuan)
Setelah analisis selesai, ia akan menunjukkan resolusi tertinggi dan bilangan lapisan yang mampu disokong oleh peranti anda.
Nota: Jika peranti anda menyokong rakaman resolusi lebih tinggi (c.t.h 4K), ini tidak bermakna ia akan menyokong pengeditan 4K dalam KineMaster, pengehadan ini adalah untuk memastikan kestabilan KineMaster semasa berjalan dalam peranti anda.